Showing posts with label BM. Show all posts
Showing posts with label BM. Show all posts

Sunday, January 4, 2009

Merentas Desa 2009, UPM

5.30 pagi, siap-siap bangun tetapi masih di dalam bilik kerana tidak berani untuk keluar dari bilik untuk cuci muka memandangkan hari masih lagi gelap. Sesudah jam menunjukkan 6 pagi, aku memberanikan diri untuk masuk ke dalam bilik air dengan teman sejati gigiku, ya, berus gigi dan ubat gigi! Wahahaha!

Walaupun air sememangnya sejuk pada waktu subur ataupun awal pagi, itu tidak menghalang aku daripada meminta bantuannya untuk memandikan diri aku setiap pagi sebelum manghadiri kuliah mahupun amali termasuklah pada pagi yang serba sejuk ini (hari ini).

Inilah gambar ku bersama rakan-rakanku semasa kami berkumpul sebelum bertolak ke Kompleks Sukan UPM.


Gambar-gambar lain...
Kompleks Sukan UPM
Jom, lari sama-sama!
Rakan Sekursus + 1 Senior

Memang lama nampaknya senaman menghindari bayangannya daripadaku menyebabkan ku tidak memiliki badan yang tegas bagi memberikan yang terbaik dalam larian pada pagi ini. Akan tetapi, bersyukurlah kalian kerana matahari tidaklah terik sangat sepanjang larian ini.
*** Woots Woots***

Sudah lama ku tidak menggunakan Bahasa Malaysia/Melayu. Jangan hairan jika aku mengatakan ku rindu pada Pn.Zarina ku di SMKK. Beliaulah yang mampu membangkitkan semangat dalam diriku supaya menolak gred BM-ku kepada gred yang diimpikan serta dicapai olehku 4 tahun yang lalu, ribuan terima kasih diucapkan.

Kini, BM semakin diabaikan walau di mana sahaja ku berada. BM ku agaknya sudah karat. Ku memohon maaf atas kesilapan jika terdapat dalam utusan ini.